:
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1-6 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2026


PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1- 6 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2026

 

Permohonan kemasukan dibuka dari 19 Jun 2025 (Khamis) sehingga 20 Julai 2025 (Ahad).

 

Cara-Cara Permohonan Kemasukan (Ibu bapa wajib mengikuti ketiga-tiga langkah)

(Manual Panduan : Panduan Permohonan Kemasukan Murid SRIAAC 2026)

 

LANGKAH 1 : MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PEMPROSESAN PERMOHONAN

Bayaran Yuran Pemprosesan Permohonan sebanyak RM30.00 boleh dibuat secara atas talian (online) di :

 Link Pembayaran : Yuran Pemprosesan Permohonan Tahun 1-6 2026

 

LANGKAH 2 : ISI BORANG PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN & MUATNAIK (UPLOAD) DOKUMEN SOKONGAN

A. Dokumen-dokumen berikut WAJIB disertakan sekali di dalam borang permohonan secara atas talian :

Permohonan Tahun 1-6

1. Salinan Kad Pengenalan (MyKid) murid

2. Salinan Sijil Kelahiran Murid

3. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Ibu

4. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Bapa

5. Salinan Sijil Pengesahan Murid / Berhenti Tadika atau Sekolah

6. Salinan Jadual Rekod Imunisasi Kanak-Kanak

7. Rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) / Peperiksaan Yang Terkini (bagi permohonan Tahun 2-6 sahaja)

8. Rekod Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) Yang Terkini (bagi permohonan Tahun 2-6 sahaja)

9. Resit Pembayaran Yuran Pemprosesan Permohonan RM 35
 

B. Link Syarat Kemasukan Murid : Syarat Kemasukan Murid

C. Link Permohonan : Permohonan Kemasukan Murid SRIAAC Tahun 2 - 6 2025

 

LANGKAH 3 : SERTAI TELEGRAM 

Link Channel Telegram ibu bapa atau penjaga murid Permohonan Kemasukan Murid SRIAAC Sesi 2026 : Channel Telegram

 

Dah siap? Nantikan pengumuman kami yang seterusnya di Channel Telegram Permohonan Kemasukan Murid SRIAAC 2026! 

Sebarang persoalan boleh diajukan melalui telefon atau aplikasi whatsapp kepada nombor pejabat yang tertera di dalam poster.

 

*Pihak sekolah akan menghubungi tuan/puan untuk sesi Ujian Kemasukan dan Sesi Temuduga (jika ada) selepas permohonan ditutup. 


Tempat adalah terhad. Jom daftar segera!