بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...Selamat Datang ke Portal Rasmi Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya

IKLAN JAWATAN KOSONG DISEMBER 2023

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG BAGI BULAN DISEMBER 2023 DI SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN CYBERJAYA (SRIAAC)

A. Guru :


1. Guru 1 : Syariah (Feqah & Tajwid Tahun 3, 4 & 5) dan Sejarah (Tahun 4 & 5)

2. Guru 2 : Bahasa Inggeris (Tahun 1, 4 & 5)

3. Guru 3 : Bahasa Inggeris (Tahun 2 & 3) dan Jawi (Tahun 3)
 
4. Guru 4 : Bahasa Arab (Tahun 1 & 2) dan Jawi (Tahun 1)
 

B. Pembantu Tadbir / Kerani
 
 
C. Pengawal Keselamatan Separuh Masa


 

CARA-CARA MEMOHON:

 

Lengkapkan borang online berikut : https://tinyurl.com/JawatanKosongAAC-Disember2023
 

TARIKH - TARIKH PENTING:

1. Tarikh Tutup Permohonan : 26 November 2023 (Ahad)

2. Tarikh Temu Duga : 27 - 30 November 2023 (Isnin - Khamis)

3. Tarikh Lapor Diri : Bulan Disember 2023 atau Januari 2024
 

Nota : Pihak sekolah hanya akan menghubungi calon yang terpilih sahaja untuk proses temuduga. Calon yang tidak dihubungi dikira tidak berjaya. Harap maklum.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian berikut : +603-83226060 (call dan whatsapp)

LAGI

PANGGILAN UNTUK UJIAN KEMASUKAN TAHUN 1 & PENGHANTARAN DOKUMEN

❗️❗️❗️ SEBARANG KEMASKINI DIBUAT SECARA LANGSUNG DI : https://tinyurl.com/Kemasukan2024

 

Assalamualaikum,

1. Dimaklumkan bahawa Ujian Kemasukan Tahun Satu 2024/2025 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh  : 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Tempat: Sekolah Rendah Sri Al-Amin Cyberjaya

Masa:
✍🏻 Sesi 1 - 8.30 pagi - 10.30 pagi
✍🏻 Sesi 2 - 11.00 pagi - 1.00 tengahari

 

2. Ujian akan diadakan dalam bentuk Ujian Bertulis dan Ujian Lisan.

 3. Sila pastikan Tuan/Puan membawa :

❗️A. Borang Senarai Semak Dokumen yang dilampirkan di : Borang Senarai Semak Dokumen

❗️B. Dokumen-dokumen sokongan secara fizikal (hardcopy) :

i) Kad Pengenalan (MyKid) Murid – Asal & Salinan

ii) Sijil Kelahiran/Pengangkatan Murid – Asal & Salinan

iii) Kad Pengenalan Ibu – Asal & Salinan

iv) Kad Pengenalan Bapa – Asal & Salinan

v) Jadual Rekod Imunisasi Kanan-Kanak (0-6 tahun) – Asal & Salinan

vi) Slip Pembayaran RM 30 (Yuran Pemprosesan Permohonan)

❗️C. Alat tulis dan pensel warna.

 

Tuan/Puan boleh rujuk kepada Senarai Nama berikut (pautan : Senarai Nama Calon Ujian Kemasukan Tahun 1)  untuk sesi ujian anak masing-masing pada

 

FAQ Ujian Kemasukan Murid Tahun 1 

LAGI

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID SESI 2024/2025

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SEHINGGA TAHUN 5 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 (EDISI KEMASKINI) 

 

 Permohonan kemasukan dibuka dari 19 Jun 2023 (Isnin) sehingga 03 September 2023 (Ahad).

LANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2023 (SABTU)

 

Cara-Cara Permohonan Kemasukan (Ibu bapa wajib mengikuti ketiga-tiga langkah)

LANGKAH 1 : MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PEMPROSESAN PERMOHONAN

Bayaran pemprosesan RM30.00 boleh dibuat secara online di :

 Link Pembayaran : https://app.herepay.org/saac/yuran-permohonan-baru

 

LANGKAH 2 : ISI BORANG PERMOHONAN SECARA TALIAN 

A. Dokumen-dokumen berikut WAJIB disertakan sekali di dalam borang permohonan secara talian :

Permohonan Tahun 1

1.Salinan Kad Pengenalan (MyKid) murid

2.Salinan Sijil Kelahiran Murid

3.Salinan Kad Pengenalan Ibu

4.Salinan Kad Pengenalan Bapa

5.Salinan Jadual Rekod Imunisasi Kanak-Kanak

6.Slip Pembayaran RM 30 (Yuran Pemprosesan Permohonan)

 

Permohonan Tahun 2 hingga Tahun 5

1.Salinan Kad Pengenalan (MyKid) murid

2.Salinan Sijil Kelahiran Murid

3.Salinan Kad Pengenalan Ibu

4.Salinan Kad Pengenalan Bapa

5.Salinan Jadual Rekod Imunisasi Kanak-Kanak

6.Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Tahun 2 - 6 sahaja). Sekiranya tiada, surat pengesahan murid pihak sekolah & laporan disiplin sekolah lama

7.Rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) atau peperiksaan yang terkini (Tahun 2 - 5 sahaja)

8.Rekod Akademik KAFA dari Sekolah Agama yang terkini (Tahun 2 - 5 sahaja)

9.Slip Pembayaran RM 30 (Yuran Pemprosesan Permohonan)

 

 B. Link Permohonan : https://tinyurl.com/Permohonan-Murid-2024

 

LANGKAH 3 : SERTAI TELEGRAM 

Link group Telegram ibu bapa murid Permohonan Kemasukan SRIAAC Sesi 2024/2025 : https://tinyurl.com/Kemasukan2024

 

Dah siap? Nantikan pengumuman kami yang seterusnya di Telegram Permohonan Kemasukan! 

Sebarang persoalan boleh diajukan melalui telefon atau aplikasi whatsapp kepada nombor pejabat yang tertera di dalam poster.

 

*Pihak sekolah akan menghubungi tuan/puan untuk sesi Ujian Kemasukan dan sesi temuduga (jika ada) selepas permohonan ditutup. 


Tempat adalah terhad. Jom daftar segera!

LAGI

MAKLUMAN PENUKARAN URL LAMAN SESAWANG RASMI DI BAWAH PENGURUSAN PENDIDIKAN SAAB SDN BHD

Kepada Ibu Bapa yang Prihatin,

Salam sejahtera dan salam hormat kami sampaikan. Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa laman sesawang rasmi Sekolah Rendah Sri Al-Amin Cyberjaya (SRIAAC) telah ditukar kepada psaab.edu.my/saac. Kami menggesa ibu bapa agar memastikan bahawa url baharu ini digunakan apabila ingin mengakses laman sesawang SRIAAC. Laman sesawang yang lama iaitu https://srialamincyberjaya.wordpress.com/ tidak digunakan lagi dan akan dipadam apabila semua maklumat telah dipindahkan ke laman sesawang yang baharu ini.

Selain itu, di bawah ini adalah url untuk laman sesawang bagi Pendidikan SAAB Sdn. Bhd. serta sekolah-sekolah dibawah naungan Pendidikan SAAB Sdn.Bhd.:

- Pendidikan SAAB Sdn. Bhd.: psaab.edu.my
- Sri & Smi Al-Amin Bangi: psaab.edu.my/saab
- Sri Al-Amin Cyberjaya: psaab.edu.my/saac
- Sri Al-Amin Semenyih: psaab.edu.my/saas

Sekian, terima kasih.
Unit IT,
Pendidikan SAAB Sdn. Bhd.

LAGI

MESYUARAT (MPGBSIM)

Mesyuarat Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) di Melaka pada hari Rabu dan Khamis 10-11 Mei 2023 yang turut dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Rendah Sri Al-Amin Cyberjaya.

LAGI

TAKLIMAT IBU BAPA : PELAKSANAAN UPKK 2023

TAKLIMAT IBU BAPA : PELAKSANAAN UPKK 2023
Hari: Sabtu
Tarikh: 6 Mei 2023
Tempat: SRIAAC

LAGI

KUIZ DI BULAN RAMADAN

Kuiz Di Bulan Ramadan
Sebahagian gambar murid tahun 4 tekun menjawab kuiz berkaitan Ramadan dan al-Quran sempena program Ihya' Ramadan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat membantu mereka menjawab kuiz dengan cemerlang. Antara soalan kuiz adalah berkaitan Lailatul Qadr dan Nuzul Quran.
Contoh soalan kuiz ialah "Apakah maksud Nuzul Quran?" dan "Apakah nama lain bagi al-Quran?".
Ada yang tahu jawapan kepada dua soalan ini?
#SRIAAC #MuslehKita

LAGI

Image News

Image Banner