KARNIVAL KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH SRI AL-AMIN BANGI TELAH DIADAKAN SELAMA 3 HARI PADA 15HB SEHINGGA 17HB MEI 2024 (RABU HINGGA JUMAAT).
OBJEKTIF KARNIVAL INI DIADAKAN IALAH :
1. MEMENUHI TUNTUTAN 10 MUWASOFAT TARBIYAH IAITU SIHAT TUBUH BADAN DAN IBADAH YANGSAHIH SECARA KONSISTEN.
2. MEMUPUK SEMANGAT BERSATU PADU DALAM SATU KUMPULAN SAMA ADA DALAM KELAS, KELAB PERSATUAN DAN SUKAN PERMAINAN.
3. MELAHIRKAN MURID YANG BERDEDIKASI DAN BERKETERAMPILAN SERTA MAMPU MENJADI PEMIMPIN YANG BERKALIBER.
4. MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA MURID-MURID YANG MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG KOKURIKULUM.
PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN SEPANJANG 3 HARI INI SEPERTI PERTANDINGAN BOLA JARING, BOLA KERANJANG, FUTSAL DAN JUGA BOLA BALING. PERTANDINGAN BERBENTUK KUMPULAN INI DIADAKAN UNTUK MENGGALAKKAN PENYERTAAN LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DALAM SETIAP PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN.
SELAIN DARIPADA ITU, TURUT DIADAKAN PAMERAN KELAB ANTARANYA IALAH :
- KITARAN HIDUP DAN PEMBEDAHAN KATAK DARI KELAB STEM
- PENGGUNAAN TELEKSKOP DARI KELAB FALAK
- PHOTOBOOTH DARI KELAB MEDIA
- PAMERAN ALATAN MUZIK DAN PERMAINAN TRADISIONAL DARI KELAB KEBUDAYAAN
- DEMONSTRASI LUKISAN SECARA LANGSUNG DAN JUALAN BUKU DARI IMAN PUBLICATIONS
UNTUK MENERAPKAN NILAI KEUSAHAWAN DALAM DIRI PELAJAR, TURUT DIADAKAN GERAI-GERAI JUALAN OLEH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH. SETIAP TINGKATAN MENGHANTAR WAKIL UNTUK MEMBUKA GERAI JUALAN. PELBAGAI MAKANAN DAN MINUMAN TELAH DIJUAL OLEH MURID MURID DISAMPING MENGAMBIL PENGALAMAN MENJADI PENIAGA DAN PENGURUS YANG BAIK.
SEMOGA PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DALAM SETIAP AKTIVITI YANG TELAH DIADAKAN AKAN MEMBERIKAN PENGALAMAN DAN ILMU BERMANFAAT SEBAGAI NILAI TAMBAH KEPADA MEREKA DI MASA HADAPAN.