:
PENGENALAN
Share:


Sekolah Sri Al-Amin Bangi merupakan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ia terdiri daripada Sekolah Rendah Sri al-Amin Bangi dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.

Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah ditubuhkan di Masjid Lama Serdang dan didaftar buat kali pertamanya dengan JAIS pada tahun 1989 sebagai Sekolah Rendah Al-Amin Serdang, dengan No Pendaftaran 033/8. Ia turut didaftarkan dengan KPM pada tahun yang sama.

Pada tahun 1997, Sekolah Sekolah Rendah Al-Amin Serdang telah berpindah ke bangunan tetapnya di Kampung Sungai Tangkas, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Namanya juga telah ditukar kepada Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi.

Pada tahun 1997 juga, Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi telah ditubuhkan, sebagai kesinambungan kepada Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi.

Pendaftaran sekolah telah diluluskan oleh KPM pada Januari 2006 dengan No. Pendaftaran B1C 4065 bagi Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi dan No. Pendaftaran B2C 4066 bagi Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.

Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) Sri Al-Amin Bangi adalah entiti yang bertanggungjawab bagi operasi Sekolah Rendah Sri al-Amin Bangi dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi. Semua kakitangan bagi operasi sekolah dilantik dibawah syarikat Sri Al-Amin Bangi Sdn. Bhd. (301706-P).

Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (MoA) dengan syarikat Pendidikan Ikram Musleh Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang membekalkan perkhidmatan sokongan pendidikan yang dikenali sebagai Sistem Pendidikan Ikram Musleh (SISTEM).

Sekolah ini mengamalkan sistem pendidikan agama Islam integrasi. Bahasa penghantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu, manakala bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam Dual Language Program (DLP).

Mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Arab diajarkan disekolah rendah dan sekolah menengah, dan dijadikan sebagai bahasa-bahasa pertuturan luar kelas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), sebagai aktiviti Highly Immersive Program (HIP) bagi kedua-dua bahasa tersebut.

Program Tahfiz al-Qur’an dijalankan dibawah pendaftaran Sekolah Menengah Sri al-Amin Bangi dengan JAIS.

Sekolah Sri Al-Amin Bangi berhasrat untuk menjadi sekolah berasaskan komuniti. Ia bekerjasama dengan entiti-entiti dalam komuniti setempat dalam melaksanakan projek-projek pendidikan dan dakwah Islam bagi manfaat bersama. Antara entiti komuniti setempat yang banyak bekerjasama dengan Sekolah Sri al-Amin Bangi ialah Pertubuhan Ikram Daerah Kajang, Persatuan Penduduk Taman Tropika, dan Surau al-Hidayah Kampong Sungai Tangkas.

Di bawah kelolaan syarikat induk, Pendidikan SAAB Sdn. Bhd. (PSAAB) sistem pendidikan sedia ada terus dikembangkan dengan pembukaan sekolah rendah di bawah kumpulan PSAAB ini di Cyberjaya dan juga di Semenyih