https://my20.awfatech.com/aabangi/content/news/newsf1_221_1716788517jpeg

KARNIVAL KOKURIKULUM SEK MENENGAH SRI AL-AMIN BANGI

KARNIVAL KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH SRI AL-AMIN BANGI TELAH DIADAKAN SELAMA 3 HARI PADA 15HB SEHINGGA 17HB MEI 2024 (RABU HINGGA JUMAAT).

OBJEKTIF KARNIVAL INI DIADAKAN IALAH :

1. MEMENUHI TUNTUTAN 10 MUWASOFAT TARBIYAH IAITU SIHAT TUBUH BADAN DAN IBADAH YANGSAHIH SECARA KONSISTEN.
2. ⁠MEMUPUK SEMANGAT BERSATU PADU DALAM SATU KUMPULAN SAMA ADA DALAM KELAS, KELAB PERSATUAN DAN SUKAN PERMAINAN.
3. ⁠MELAHIRKAN MURID YANG BERDEDIKASI DAN BERKETERAMPILAN SERTA MAMPU MENJADI PEMIMPIN YANG BERKALIBER.
4. ⁠MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA MURID-MURID YANG MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG KOKURIKULUM.

PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN SEPANJANG 3 HARI INI SEPERTI PERTANDINGAN BOLA JARING, BOLA KERANJANG, FUTSAL DAN JUGA BOLA BALING. PERTANDINGAN BERBENTUK KUMPULAN INI DIADAKAN UNTUK MENGGALAKKAN PENYERTAAN LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DALAM SETIAP PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN.

SELAIN DARIPADA ITU, TURUT DIADAKAN PAMERAN KELAB ANTARANYA IALAH :
- KITARAN HIDUP DAN PEMBEDAHAN KATAK DARI KELAB STEM
- PENGGUNAAN TELEKSKOP DARI KELAB FALAK
- ⁠PHOTOBOOTH DARI KELAB MEDIA
- ⁠PAMERAN ALATAN MUZIK DAN PERMAINAN TRADISIONAL DARI KELAB KEBUDAYAAN
- ⁠DEMONSTRASI LUKISAN SECARA LANGSUNG DAN JUALAN BUKU DARI IMAN PUBLICATIONS

UNTUK MENERAPKAN NILAI KEUSAHAWAN DALAM DIRI PELAJAR, TURUT DIADAKAN GERAI-GERAI JUALAN OLEH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH. SETIAP TINGKATAN MENGHANTAR WAKIL UNTUK MEMBUKA GERAI JUALAN. PELBAGAI MAKANAN DAN MINUMAN TELAH DIJUAL OLEH MURID MURID DISAMPING MENGAMBIL PENGALAMAN MENJADI PENIAGA DAN PENGURUS YANG BAIK.

SEMOGA PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DALAM SETIAP AKTIVITI YANG TELAH DIADAKAN AKAN MEMBERIKAN PENGALAMAN DAN ILMU BERMANFAAT SEBAGAI NILAI TAMBAH KEPADA MEREKA DI MASA HADAPAN.

KATAK.

HADIAH1

HADIAH2

FUTSAL2

AQ

GERAI2

LAGI
https://my20.awfatech.com/aabangi/content/news/newsf1_221_1716782635.jpg

SUKAN TAHUNAN SEK REN SRI AL-AMIN BANGI

TEMASYA SUKAN SEK REN SRI AL-AMIN BANGI KALI KE-32 PADA TAHUN 2024 TELAH BERLANGSUNG BERMULA PADA 29 APRIL SEHINGGA 18 MEI 2024.

TEMA SUKAN YANG DIKETENGAHKAN PADA TAHUN INI IALAH “SUKAN BERSAMA UKHUWAH TERBINA”.

AKTIVITI PERTAMA YANG DIJALANKAN IALAH MERENTAS DESA YANG MELIBATKAN WAKIL PESERTA TAHUN 4,5 DAN 6 BAGI SETIAP RUMAH.

ANTARA ACARA YANG DIPERTANDINGKAN SELEPAS LATIHAN SELAMA BEBERAPA HARI IALAH SUKANEKA 1, SUKANEKA 2, CAPTAIN BALL, BADMINTON, PING PONG, SEPAK TAKRAW, FUTSAL, BOLA JARING, BALAPAN DAN MELONTAR PELURU.

SEMUA PERLAWANAN TELAH DILAKSANAKAN DI SEK REN SRI AL-AMIN BANGI MANAKALA ACARA KEMUNCAK,  MELONTAR PELURU DAN BALAPAN TELAH DIBUAT DI STADIUM UKM PADA MALAM 18 MEI 2024.

ACARA SUKAN TAHUN YANG JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN DI SEBELAH MALAM TELAH DIMULAKAN DENGAN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DI PADANG STADIUM, KEMUDIAN DITERUSKAN DENGAN ACARA BALAPAN DAN LONTAR PELURU.

TURUT DI ADAKAN ACARA UNTUK IBU BAPA DAN GURU.

JOHAN KESELURUHAN TEMASYA SUKAN SRSAAB KALI KE-32 PADA TAHUN INI DI UNGGULI OLEH RUMAH MERAH MANAKAN JUARA SORAKAN DAN KECERIAAN PERBARISAN DIMENANGI OLEH RUMAH KUNING.

PERTANDINGAN SORAKAN

SORAKAN

PENYAMPAIAN HADIAH

PERMAINAN

LAGI
https://my20.awfatech.com/aabangi/content/news/newsf1_221_1715830770jpeg

SELAMAT HARI GURU 2024

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU SEKOLAH KUMPULAN PENDIDIKAN SAAB

DENGAN TEMA "GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI" SAMBUTAN HARI GURU MERUPAKAN SAMBUTAN SETIAP TAHUN UNTUK MERAIKAN USAHA GURU-GURU DALAM MENCURAHKAN ILMU DAN BAKTI DALAM DUNIA PENDIDIKAN.

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (KPPM), AZMAN ADNAN BERKATA, PEMILIHAN TEMA TAHUN INI ADALAH SELARAS DENGAN MATLAMAT UTAMA DALAM MELAHIRKAN LEBIH RAMAI MURID FASIH DIGITAL YANG MAHIR MENGGUNAKAN TEKNOLOGI ITU DALAM MEMPERTINGKATKAN DISIPLIN ILMU YANG TELAH DIPELAJARI DALAM BILIK DARJAH.

“MATLAMAT KITA ADALAH UNTUK MELAHIRKAN ANAK-ANAK FASIH DIGITAL MENERUSI DASAR PENDIDIKAN DIGITAL (DPD) AGAR MEREKA BERUPAYA UNTUK MENEROKA, MELAKSANAKAN, MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DIGITAL UNTUK MEMPERTINGKATKAN DISIPLIN ILMU YANG DIPELAJARI DALAM BILIK DARJAH."

OLEH ITU, PARA GURU PSAAB JUGA AKAN TERUS BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN KOMPETENSI MASING-MASING DALAM MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DIGITAL DAN MEMANFAATKAN SEMUA PENDEKATAN DIGITAL YANG ADA BAGI TUJUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PDP).

MUSLEH INTEGRATED EDUCATION (MUSLEH) JUGA TELAH MENGANGKAT TEMA HARI GURU TAHUN INI "MURABBI UNGGUL PENERAJU REFORMASI PENDIDIKAN MUSLEH" SEBAGAI TEMA TAHUN 2024 UNTUK MENGIKTIRAF GURU SEBAGAI NADI DALAM SISTEM PENDIDIKAN MUSLEH.

MURABBI YANG UNGGUL HARUS MEMPUNYAI PENAMPILAN DAN PERWATAKAN YANG BAIK, MEMPUNYAI KECERDASAN SOSIAL YANG MEMBOLEHKAN BERINTERAKSI DENGAN POSITIF DALAM SEMUA KEADAAN SETERUSNYA MENJADIKAN MURABBI SEBAGAI QUDWAH HASANAH. MURABBI YANG UNGGUL INILAH YANG AKAN MEMIMPIN DAN MEMASTIKAN PERLAKSANAAN REFORMASI PENDIDIKAN MUSLEH AGAR KITA MAMPU MEMBAWANYA KE TAHAP YANG LEBIH MANTAP.

KLIK SINI : PERUTUSAN HARI MURABBI MUSLEH 2024

 

SELAMAT HARI GURU!

LAGI
https://my20.awfatech.com/aabangi/content/news/newsf1_459_1725259552.png

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU BAHASA ARAB DI SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI

💥JAWATAN KOSONG GURU BAHASA ARAB 💥
📍 DI SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS:
✅ WARGANEGARA MALAYSIA.
✅ LELAKI ATAU WANITA BERUSIA 21 - 35 TAHUN.
✅ MEMPUNYAI KELULUSAN MIN IJAZAH SARJANA MUDA DARI IPTA/S DLM BIDANG BA ATAU LAIN- LAIN YG BERKAITAN.
✅ BOLEH BERTUTUR BAHASA ARAB FUSHAH (الفصحة)
✅ MEMPUNYAI MENGALAMAN MENGAJAR 1-2 TAHUN.
✅ PERIBADI MUSLIM/ MUSLIMAH, MENJAGA SOLAT DAN BERAKHLAK BAIK.
✅ BERINTEGRITI, PENGURUSAN MASA YANG BAIK, AMANAH, BOLEH BEKERJA DALAM KUMPULAN.
✅ SEORANG YANG PROAKTIF, SIHAT TUBUH BADAN DAN TIDAK MEROKOK.


CARA MEMOHON:
1. SILA EMAILKAN RESUME, SIJIL & TRANSKRIP PENDIDIKAN KE : RESUME@ALAMINBANGI.EDU.MY

SUBJEK EMAIL: PERMOHONAN JAWATAN GURU (NYATAKAN SUBJEK YG DIMOHON)

2. ISI BORANG ONLINE BERIKUT: HTTPS://FORMS.GLE/SKCJBWJBKUWKZKFZ6

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN KEKOSONGAN JAWATAN, TN/PN BOLEH HUBUNGAN NO TEL ATAU LAYARI LAMAN WEB RASMI KAMI

☎️+03 89126840
🌐 WWW.PSAAB.EDU.MY

NOTA : PIHAK SEKOLAH HANYA AKAN MENGHUBUNGI CALON YANG TERPILIH SAHAJA UNTUK PROSES TEMUDUGA. CALON YANG TIDAK DIHUBUNGI DIKIRA TIDAK BERJAYA. HARAP MAKLUM.

LAGI
https://my20.awfatech.com/aabangi/content/news/newsf1_221_1694418673JPEG

KURSUS FIRST AID GURU

TAHNIAH KEPADA 18 ORANG GURU DAN PEKERJA YANG TELAH BERJAYA MENGIKUTI KURSUS BASIC OCCUPATIONAL FIRST AID (BOFA) PADA 9 DAN 10 SEPTEMBER 2023 DI BANGI GOLF RESORT.

GURU-GURU TERDIRI DARIPADA GURU SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH SRI AL-AMIN BANGI, SEKOLAH RENDAH SEMENYIH DAN SEKOLAH RENDAH PUTRA MAHKOTA. KURSUS YANG MELAYAKKAN PESERTA MENDAPAT CERTIFIED FIRST AIDER INI  SANGAT PENTING UNTUK DIKUASAI OLEH GURU DAN PEKERJA SUPAYA DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN AWAL SEKIRANYA BERLAKU KEADAAN KECEMASAN DI SEKOLAH SAMADA MELIBATKAN GURU/STAF ATAU PUN MURID. KURSUS YANG DILAKSANAKAN OLEH OSHMED SOLUTIONS SDN. BHD. TELAH MEMBERIKAN BANYAK MANFAAT DAN ILMU BARU KEPADA GURU DAN STAF YANG TERLIBAT.

 

LAGI
https://my20.awfatech.com/aabangi/content/news/newsf1_374_1687145777.jpg

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SEHINGGA TAHUN 5 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 KINI DIBUKA!

PERMOHONAN KEMASUKAN DIBUKA DARI 19 JUN 2023 (ISNIN) SEHINGGA 03 SEPTEMBER 2023 (AHAD).

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :  03 SEPTEMBER 2023 (AHAD)

 

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN

 

  1. ISI BORANG PERMOHONAN SECARA MAYA IAITU DALAM TALIAN (ONLINE). 

- LINK PERMOHONAN : HTTPS://TINYURL.COM/PERMOHONAN-MURID-2024

- LINK GROUP TELEGRAM IBU BAPA MURID PERMOHONAN KEMASUKAN SRIAAC SESI 2024/2025 : HTTPS://TINYURL.COM/KEMASUKAN2024

 

  1. MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PEMPROSESAN KEMASUKAN BARU BERJUMLAH RM 30.

- LINK PEMBAYARAN : HTTPS://APP.HEREPAY.ORG/SAAC/YURAN-PERMOHONAN-BARU

 

SEBARANG PERSOALAN BOLEH DIAJUKAN MELALUI TELEFON ATAU APLIKASI WHATSAPP KEPADA NOMBOR PEJABAT YANG TERTERA DI DALAM POSTER.

 

*PIHAK SEKOLAH AKAN MENGHUBUNGI TUAN/PUAN UNTUK SESI UJIAN KEMASUKAN DAN SESI TEMUDUGA (JIKA ADA) SELEPAS PERMOHONAN DITUTUP. 


TEMPAT ADALAH TERHAD. JOM DAFTAR SEGERA!

LAGI
https://my20.awfatech.com/aabangi/content/news/newsf1_374_1687127706.png

MAKLUMAN PENUKARAN URL LAMAN SESAWANG RASMI DI BAWAH PENGURUSAN PENDIDIKAN SAAB SDN BHD

KEPADA IBU BAPA YANG PRIHATIN,

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM HORMAT KAMI SAMPAIKAN. DENGAN SUKACITANYA KAMI INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA LAMAN SESAWANG RASMI SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI TELAH DITUKAR KEPADA PSAAB.EDU.MY/SAAB. KAMI MENGGESA IBU BAPA AGAR MEMASTIKAN BAHAWA URL BAHARU INI DIGUNAKAN APABILA INGIN MENGAKSES LAMAN SESAWANG SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI.

SELAIN ITU, DI BAWAH INI ADALAH URL UNTUK LAMAN SESAWANG BAGI PENDIDIKAN SAAB SDN. BHD. SERTA SEKOLAH-SEKOLAH DIBAWAH NAUNGAN PENDIDIKAN SAAB SDN.BHD.:

- PENDIDIKAN SAAB SDN. BHD.: PSAAB.EDU.MY
- SRI & SMI AL-AMIN BANGI: PSAAB.EDU.MY/SAAB
- SRI AL-AMIN CYBERJAYA: PSAAB.EDU.MY/SAAC
- SRI AL-AMIN SEMENYIH: PSAAB.EDU.MY/SAAS

SEKIAN, TERIMA KASIH.
UNIT IT,
PENDIDIKAN SAAB SDN. BHD.

LAGI

Page 2 of 3