بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...Selamat Datang ke Portal Rasmi Pendidikan Sri Al Amin Bangi

MAJLIS PELANCARAN BSN MYCASHLESS

 
 Majlis pelancaran program BSN myCashless Sekolah Sri Al-Amin Bangi Tanpa Tunai dan Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi antara BSN & PIBG Sekolah Sri Al-Amin, Bangi telah berlangsung pada 16 Jun 2025 di Sekolah Sri Al-Amin dengan tema Aspirasi Murid Fasih Digital.
 
Majlis telah dirasmikan oleh En. Mujibburrahman Abd Rashid, Timbalan Ketua Eksekutif BSN, dan turut dihadiri oleh Ir Dr Jailani Bin Salihon, Pengerusi Lembaga Pengelola Al-Amin dan Ir Ts Nur Islam Nur Iskandar, YDP PIBG Sekolah Sri Al-Amin.
 
Keceriaan murid-murid sekolah rendah terserlah apabila majlis ini turut dihadiri oleh maskot Kucing Happy BSN dan Didi & Friends. Aturcara dimulakan dengan sesi tandatangan kolaborasi antara pihak BSN dan PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi disusuli dengan penyerahan kad eWallet Orijin kepada wakil murid sekolah rendah dan kad BSN kepada wakil murid sekolah menengah.
 
Dibawah program ini, murid sekolah yang memilih untuk mengikuti program ini akan boleh menggunakan kad eWallet (sekolah rendah) dan kad debit BSN (Sekolah Menengah) untuk sebarang pembelian dalam kawasan sekolah. Program memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk berdaftar atau tidak. Dibawah program ini, ianya akan mengurangkan penggunaan tunai dalam persekitaran sekolah yang lebih selamat.
 
Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada murid-murid dalam pendedahan awal dunia digital dan celik IT.
 
 
 
 
Maklumat lanjut tentang program ini boleh klik : BSN MYCASHLESS
 
 
LAGI

SR - PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2026

PERMOHONAN TAHUN 1 2026 TELAH DIBUKA

19 MEI 2025 – 20 JUN 2025

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2026:

  1. Warganegara MALAYSIA.
  2. Murid yang berumur 7 tahun pada tahun kemasukan layak memohon (Lahir pada 2/1/2019 - 1/1/2020).
  3. Menguasai kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M).
  4. Kenal huruf jawi dan boleh membaca jawi sekurang-kurangnya melibatkan ayat dua suku kata.
  5. Boleh membaca ‘Iqra sekurang-kurangnya buku 3.
  6. Pemohon tidak menghidap masalah Down Syndrome, ADHD, ADD dan sebagainya.

 CARA-CARA MEMOHON:

  1. Bayaran pemprosesan RM30.00 boleh dibuat secara online atau di KAUNTER YURAN SEKOLAH sebelum serahan dokumen. Resit/slip bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan (sila rujuk item 2 dibawah).

Untuk pembayaran secara online:

(SRI AL-AMIN BANGI SDN BHD)
No akaun Bank Muamalat: 1210-0000526-719
No akaun Maybank: 562834-60401-9

  1. Dokumen-dokumen yang LENGKAP perlu diserahkan di pejabat Sekolah Rendah:
  • 1 Salinan Sijil Lahir Anak (WAJIB bawa Bersama Dokumen Asal untuk semakan)
  • 1 Salinan Mykid Anak (WAJIB bawa Bersama Dokumen Asal untuk semakan)
  • 1 Salinan Mykad Ibu
  • 1 Salinan Mykad Bapa
  • 1 Salinan Resit/Slip Bayaran
  • 1 Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun (Akademik & Syariah (Bagi permohonan selain tahun 1)
  • 1 Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Setelah Mendapat Tawaran Bagi permohonan selain tahun 1)

 

  1. HANYA PERMOHONAN BERSERTA SERAHAN DOKUMEN YANG LENGKAP DI PEJABAT SEKOLAH SAHAJA AKAN DIPROSES.

 

  1. SEBARANG DOKUMEN YANG DIMUATNAIKKAN DI WEBSITE TIDAK AKAN DIPROSES.

 

  1. Lengkapkan borang online.
    Sila tekan di SINI untuk melengkapkan borang online. 
LAGI

SR - CALON TAHUN 1 SESI 2025/2026

Assalamualaikum wrm wbt.
Para ibu bapa yang dirahmati Allah SWT sekalian,

1. Senarai nama calon yang BERJAYA untuk kemasukan TAHUN SATU Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi bagi sesi persekolahan 2025/2026 boleh diakses melalui pautan di bawah:

SILA KLIK >>> https://bit.ly/TAHUNSATU2025 <<<

2. Dilampirkan juga takwim tarikh-tarikh penting untuk perhatian para ibu bapa.

3. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pejabat Sekolah Rendah melalui talian 03-8927 3001.

Sekian, terima kasih.

LAGI

SM - ANUGERAH 4 BINTANG SKIPS DAN SKIM

Alhamdulillah , setinggi rasa syukur kehadrat Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang .

Setinggi tahniah diucapkan kepada Sekolah Menengah SRI Al-Amin Bangi ,  Kajang yang telah menerima anugerah 4 bintang bagi Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) Tahun 2023 kategori sekolah menengah agama oleh Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga Sistem Kualiti IKRAM Musleh (SKIM) yang lalu.

Anugerah ini diadakan bagi menghargai sekolah yang telah mencapai standard yang ditetapkan dalam pemeriksaan SIJIL STANDARD KUALITI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA TAHUN 2023 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH AGAMA (SKIPS) yang telah dilaksanakan bermula bulan Mac-Jun 2023 yang lalu. Terdapat beberapa buah sekolah menengah agama seluruh Malaysia  telah dinilai pada tahun 2023 dan SMIAAB mendapat anugerah 4 bintang.

Aspek-aspek utama termasuk Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kurikulum dan Unit KoKurikulum SMIAAB telah diteliti dan dinilai . Tindakan berikutnya adalah proses analisis dapatan SKIPS dan akhirnya keputusan diumumkan di Majlis Penyampaian  Sijil SKIPS oleh Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwastan Pendidikan Negeri Selangor seterusnya oleh pihak BPSwasta KPM. Tindakan berikutnya adalah proses analisis dapatan SKIPS dan akhirnya keputusan diumumkan di Majlis Penyampaian  Sijil SKIPS oleh Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  di  Putrajaya.

Manakala bagi SKIM pula, pihak kualiti IKRAM Musleh telah membuat penilaian secara menyeluruh dari segala aspek dan menganugerahkan 4 bintang bagi SMIAAB.

Ucapan terima kasih khusus buat JPN Negeri Selangor (Bahagian Pendidikan Swasta) atas bimbingan dan nasihat , PPD dan PPID Kajang . Terima kasih juga buat Musleh  Integrated Education Berhad , Lembaga Pemegang Amanah , Lembaga Pengelola Sekolah, Pertubuhan Ikram Malaysia,  Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah -sekolah Islam Malaysia , NGO yang banyak menyokong , dokongan guru-guru SMIAAB , barisan Staf Sokongan, barisan alumni SMIAAB , semua ibu bapa SMIAAB dan seluruh warga Al-Amin Bangi yang menyumbang secara langsung maupun tidak langsung .

TAHNIAH semua , semoga pengiktirafan ini memangkin usaha kita untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang demi anak bangsa, agama dan ummah .

LAGI

SR - TAKWIM KEMASUKAN TAHUN SATU SESI 2025/2026

Assalamualaikum 
Berikut adalah takwim kemasukan murid tahun satu sesi 2025/2026 buat rujukan ibubapa.

terima kasih.

LAGI

SRSAAB - UJIAN KEMASUKAN TAHUN SATU SESI 2025/2026

Assalamualaikum wrm wbt,
Ibubapa yang dirahmati Allah.

1.⁠ ⁠Ujian Kemasukan Tahun SATU kini dibahagikan kepada DUA SESI pada hari Sabtu, 28 September 2024.

Kumpulan 1: 8:30 pagi - 10:00 pagi
Kumpulan 2: 10:00 pagi - 11:30 pagi

2.⁠ ⁠Dikongsikan juga Atur cara Program Ujian Kemasukan Murid Tahun Satu (Sesi 2025/2026) yang TERKINI.

3.⁠ ⁠Untuk semakan nama calon yang layak menduduki Ujian Kemasukan mengikut kumpulan ini, sila klik pautan berikut:

Calon Kumpulan Satu: https://bit.ly/CALONKUMPULAN1
Calon Kumpulan Dua: https://bit.ly/CALONKUMPULAN2

4.⁠ ⁠Calon-calon hendaklah hadir mengikut masa yang telah ditetapkan bagi kumpulan masing-masing.

5.⁠ ⁠Untuk sebarang pertanyaan, ibu bapa boleh menghubungi Pejabat Sekolah Rendah di talian ( 03-8927 3001 ).

Harap maklum, terima kasih.

 

 

LAGI

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR SEK MENENGAH SESI 2025/2026

TEMPOH PERMOHONAN : 12/8/2024 - 11/10/2024

 

SYARAT PERMOHONAN :
1. Mengikut kohort umur.
2.Warganegara MALAYSIA sahaja.
3. Permohonan adalah untuk kemasukan ke tingkatan 1, 2,3 dan 4 sahaja.
4. Semua data yang diserahkan untuk tujuan permohonan adalah tertakluk kepada Akta 709. Rujuk > Notis Perlindungan Data Peribadi.
5. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap akan memungkinkan permohonan ditolak.
 
CARA PERMOHONAN:
1. Pembayaran  RM30 untuk yuran pemprosesan permohonan kemasukan ke akaun Sri Al-Amin Bangi Sdn. Bhd.
- MAYBANK : 562834604019 atau BANK MUAMALAT : 1210 0000526 719
2. Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen yang diperlukan secara dalam talian DAFTAR DI SINI (Link pendaftaran akan dibuka pada 12hb Ogos 2024, 9.00 pagi).

- Perhatian! : Persediaan dokumen yang perlu dimuat naik bersama permohonan :
Surat beranak anak
Kad Pengenalan anak
Kad Pengenalan Ibu
Kad Pengenalan bapa
Laporan displin anak (jika luar Sekolah Rendah Al-Amin Bangi)
Pencapaian akademik anak terkini 
Pencapaian diniah anak (jika ada)
Pencapaian PBS terkini anak (jika ada)
Sijil penglibatan anak (jika ada)
Bukti pembayaran yuran pemprosesan permohonan
 
3. Join Channel Permohonan Kemasukan SMSAAB Sesi 2025
https://t.me/+-lS-_78wMixiNTFl
 
Perhatian! : Ibu bapa sila semak dan pastikan semua dokumen yang pihak sekolah perlukan dimuat naik dalam sistem pendaftaran
 
LAMAN RASMI SEKOLAH :
https://psaab.edu.my/saab/
https://www.facebook.com/lamanrasmismsaab
 
KEISTIMEWAAN KAMI :
https://psaab.edu.my/saab/keistimewaan-kami

 

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
📞03-89273002
📬adminsm@alaminbangi.edu.my

 

LAGI


Image Banner