اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Alhamdulillah, dengan izinNya kita telah berjaya menempuh bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga kita semua termasuk dalam golongan hambaNya yang bersyukur dan diterima semua amalannya.
Sempena kehadiran Syawal yang mulia ini, pihak sekolah ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Kumpulan Pendidikan Sri Al-Amin Bangi, guru dan staf, pelajar, ibu bapa serta komuniti yang sentiasa menyokong usaha-usaha pendidikan di Sri Al-Amin Bangi.
Syawal menjelang sebagai tanda kemenangan. Syawal bukan hanya tentang baju baru, kuih raya atau juadah yang terhidang tapi juga tentang keinsafan, kemaafan dan kembali menyucikan hati serta mengeratkan silaturrahim sesama kita. Semoga dengan berlalunya Ramadhan, ketaqwaan kita kepada Allah akan terus meningkat dan terus menjadi insan yang bertambah baik pada masa akan datang.
Berhati-hati di jalan raya atau dalam apa juga yang anda lakukan. Semoga anda semua sentiasa dilindungi Allah dan selamat dalam perjalanan ke mana jua destinasinya. Nikmati hari raya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga dan insan tersayang.
Semoga Allah berikan peluang untuk bertemu Ramadhan pada masa akan datang.
أَللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
"Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Jika engkau menjadikannya sebagai Ramadhan terakhirku maka jadikan aku orang yang dirahmati, bukan orang yang diharamkan ( dari rahmatMu)."
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN