Assalamualaikum w.b.t.
Pengumuman !
Sekolah Sri Al-Amin Bangi akan ditutup pada 31/3/2025 sehingga 6/4/2025 sempena cuti Aidilfitri
Sekolah akan beroperasi semua seperti biasa pada 7/4/2025 (Isnin)
Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin
Assalamualaikum w.b.t.
Pengumuman !
Sekolah Sri Al-Amin Bangi akan ditutup pada 31/3/2025 sehingga 6/4/2025 sempena cuti Aidilfitri
Sekolah akan beroperasi semua seperti biasa pada 7/4/2025 (Isnin)
Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Alhamdulillah, dengan izinNya kita telah berjaya menempuh bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga kita semua termasuk dalam golongan hambaNya yang bersyukur dan diterima semua amalannya.
Sempena kehadiran Syawal yang mulia ini, pihak sekolah ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Sri Al-Amin Bangi, guru dan staf, pelajar, ibu bapa serta komuniti yang sentiasa menyokong usaha-usaha pendidikan di Sri Al-Amin Bangi.
Syawal menjelang sebagai tanda kemenangan. Syawal bukan hanya tentang baju baru, kuih raya atau juadah yang terhidang tapi juga tentang keinsafan, kemaafan dan kembali menyucikan hati serta mengeratkan silaturrahim sesama kita. Semoga dengan berlalunya Ramadhan, ketaqwaan kita kepada Allah akan terus meningkat dan terus menjadi insan yang bertambah baik pada masa akan datang.
Berhati-hati di jalan raya atau dalam apa juga yang anda lakukan. Semoga anda semua sentiasa dilindungi Allah dan selamat dalam perjalanan ke mana jua destinasinya. Nikmati hari raya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga dan insan tersayang.
Semoga Allah berikan peluang untuk bertemu Ramadhan pada masa akan datang.
أَللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
"Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Jika engkau menjadikannya sebagai Ramadhan terakhirku maka jadikan aku orang yang dirahmati, bukan orang yang diharamkan ( dari rahmatMu)."
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN
Assalamualaikum
Berikut adalah panduan pemakaian bagi murid Sekolah Rendah SRI Al-Amin Bangi bagi murid tahap 1 dan tahap 2.
Sila patuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan.
Terima kasih.
Pemakaian
*klik pada gambar untuk besarkan paparan gambar
atau klik pautan ini : Panduan Pemakaian SRSAAB
Assalamualaikum
Berikut adalah senarai pembelian buku bagi sesi 2025.
Sila klik pada pautan dibawah untuk lihat senarai buku mengikut tahun bagi Sekolah Rendah SRI Al-Amin Bangi.
Pautan:
Tahun 1: Senarai Buku Tahun 1
Tahun 2: Senarai Buku Tahun 2
Tahun 3: Senarai Buku Tahun 3
Tahun 4: Senarai Buku Tahun 4
Tahun 5: Senarai Buku Tahun 5
Tahun 6: Senarai Buku Tahun 6
Buku Aktiviti: : Senarai Buku Aktiviti
Terima kasih.
Assalamualaikum
Berikut adalah senarai pembelian buku bagi sesi 2025.
Sila klik pada pautan dibawah untuk lihat senarai buku bagi Sekolah Menengah SRI Al-Amin Bangi
Pautan: Senarai Buku
Terima kasih.
PELUANG PEKERJAAN DI SEKOLAH SRI AL-AMIN
Syarikat Pendidikan Sri Al-Amin Bangi menjemput kepada calon-calon yg berdedikasi memohon jawatan guru di syarikat kami:
Syarat-syarat Kelayakan Asas:
✅ Warganegara Malaysia.
✅ Lelaki/ wanita berusia 23 - 40 tahun.
✅ Mempunyai kelulusan Min Ijazah Sarjana Muda dari IPTA/S dlm bidang yang berkaitan.
✅ Mempunyai mengalaman mengajar 1-2 tahun.
✅ Peribadi Muslim/ Muslimah, menjaga solat dan berakhlak baik.
✅ Berintegriti, pengurusan masa yang baik, amanah, boleh bekerja dalam kumpulan.
✅ Seorang yang proaktif, sihat tubuh badan dan tidak merokok.
Cara Memohon:
1. Sila emailkan resume, sijil & transkrip pendidikan ke : resume@alaminbangi.edu.my
Subjek email: Permohonan Jawatan Guru (nyatakan subjek yg dimohon)
2. Isi borang online berikut: https://forms.gle/W6WvzzQutefRkqrEA
3. Bagi yang memohon subjek Tahfiz isi borang online berikut: https://forms.gle/9Z5ct7Zbbjqxvnee7
Untuk maklumat lanjut berkenaan kekosongan jawatan, Tn/Pn boleh hubungan no tel atau layari laman web rasmi kami:
☎️+03 89126840 (Pejabat HR)
🌐 www.psaab.edu.my
Nota : Pihak sekolah hanya akan menghubungi calon yang terpilih sahaja untuk proses temuduga. Calon yang tidak dihubungi dikira tidak berjaya. Harap maklum.
Tarikh Tutup: 15 Mac 2025