:
PERUBAHAN YURAN PENGAJIAN TAHUNAN
Share:


Pihak Pengurusan Sekolah Sri Al-Amin Semenyih telah memutuskan untuk menetapkan kadar baru Yuran Pengajian Bulanan bagi Sesi 2025. Kadar baru ini masih tidak melebihi kadar yang diluluskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada Sekolah Sri al-Amin Bangi yang menjadi rujukan sekolah kami yang bertarikh 9 Ogos 2018.


2. Tujuan kenaikan yuran dilaksanakan adalah untuk menampung peningkatan perbelanjaan operasi sekolah. Mutakhir ini, banyak kenaikan harga barangan, peralatan, perabot,
perkhidmatan dan lain-lain bayaran yang dikenakan kepada pihak sekolah selain perlu melaksanakan kenaikan gaji kepada guru dan kakitangan.

3. Berikut adalah perubahan Yuran Pengajian Bulanan yang bakal dilaksanakan bermula sesi 2025 untuk makluman tuan/puan:-

Perkara Kadar Semasa (dari 2019-2023) Kadar Baru 2025
Yuran Pengajian
Bulanan
RM400 x 11 bulan = RM4,400.00 RM430 x 11 bulan = 4,730.00
Yuran Pengajian
Tahunan
(Tahap 1)
RM1350 RM1350 (Harga Diskaun jika bayar
sebelum 1 Ogos)
RM1550 (Kadar Baru jika bayar
lewat pada 1 Ogos ke atas)
Yuran Pengajian
Tahunan
(Tahap 2)
RM1450 RM1450 (Harga Diskaun jika bayar
sebelum 1 Ogos)
RM1650 (Kadar Baru jika bayar
lewat pada 1 Ogos ke atas)

4. Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah akan memberi 2 bentuk diskaun yuran pengajian pada sesi 2025/26 iaitu:
4.1 Diskaun RM200 bagi yang membayar
Yuran Tahunan sebelum 1 Ogos 2025
4.2 Diskaun 3% bagi pembayaran penuh
Yuran Bulanan sebelum 1 Mei 2025


5. Tuan/Puan boleh juga mendapatkan makluman kadar Yuran 2025 di laman sesawang 
https://psaab.edu.my/saas/


6- Surat Maklumat Perubahan Yuran Sesi 2025/2026 boleh dirujuk di https://bit.ly/surat_perubahanyuran2025