:
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2025/2026


PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2025/2026

 

 Permohonan kemasukan dibuka dari 16 Julai 2024 (Selasa) sehingga 30 September 2024 (Isnin).

 

Cara-Cara Permohonan Kemasukan (Ibu bapa wajib mengikuti ketiga-tiga langkah)

LANGKAH 1 : MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PEMPROSESAN PERMOHONAN

Bayaran Yuran Pemprosesan Permohonan sebanyak RM30.00 boleh dibuat secara atas talian (online) di :

 Link Pembayaran : Yuran Pemprosesan Permohonan 2025

 

LANGKAH 2 : ISI BORANG PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN 

A. Dokumen-dokumen berikut WAJIB disertakan sekali di dalam borang permohonan secara atas talian :

Permohonan Tahun 1

1. Salinan Kad Pengenalan (MyKid) murid

2. Salinan Sijil Kelahiran Murid

3. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Ibu

4. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Bapa

5. Salinan Sijil Pengesahan Murid / Berhenti Tadika

6. Salinan Jadual Rekod Imunisasi Kanak-Kanak

7. Slip Pembayaran RM 30 (Yuran Pemprosesan Permohonan)

  

B. Link Syarat Kemasukan Murid : Syarat Kemasukan Murid

 

C. Link Permohonan : Permohonan Kemasukan Murid SRIAAC 2025/2026

 

LANGKAH 3 : SERTAI TELEGRAM 

Link Channel Telegram ibu bapa atau penjaga murid Permohonan Kemasukan Murid SRIAAC Sesi 2025/2026 : Channel Telegram

 

Dah siap? Nantikan pengumuman kami yang seterusnya di Channel Telegram Permohonan Kemasukan Murid SRIAAC 2025! 

Sebarang persoalan boleh diajukan melalui telefon atau aplikasi whatsapp kepada nombor pejabat yang tertera di dalam poster.

 

*Pihak sekolah akan menghubungi tuan/puan untuk sesi Ujian Kemasukan dan Sesi Temuduga (jika ada) selepas permohonan ditutup. 


Tempat adalah terhad. Jom daftar segera!