Assalamualaikum w.b.t. Tuan/Puan,
Dengan sukacitanya kami ingin berkongsi bahawa dua kampus baharu Sri Al-Amin akan mula menerima murid bagi Sesi Persekolahan 2027. 🌱
🏫 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Kajang (SRIAAKj)
Kemasukan dibuka bagi:
📘 Tahun 1
📘 Tahun 2
📘 Tahun 3
Sesuai untuk keluarga sekitar Bandar Kajang, Kajang Utama, Kajang 2, Bandar Teknologi Kajang, Kajang Perdana dan kawasan berhampiran.
🏫 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria (SRIAABS)
Kemasukan dibuka bagi:
📘 Tahun 1
📘 Tahun 2
Sesuai untuk keluarga sekitar Bandar Sunsuria, Bandar Serenia, Kota Warisan, Saujana KLIA, Salak Tinggi dan kawasan berhampiran.
Kedua-dua sekolah ini membawa aspirasi pendidikan Sri Al-Amin yang memberi penekanan kepada pembangunan anak secara seimbang dan bersepadu, bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi juga pendidikan Islam, Al-Quran, adab, sahsiah dan pembentukan potensi diri.
Berilmu. Beriman. Berakhlak.
✨ Membina Insan Rabbani, Membangun Muslim Profesional.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai adik-beradik, saudara-mara, rakan atau kenalan yang sedang mencari pilihan pendidikan rendah Islam bagi anak untuk Sesi 2027, kami amat menghargai sekiranya maklumat ini dapat dikongsikan kepada mereka.
💻 Permohonan kini dibuka secara dalam talian.
👉 Semak syarat kemasukan dan mohon melalui portal permohonan rasmi di pautan berikut: PERMOHONAN KEMASUKAN MURID SRIAAKj dan SRIAABS 2027
Kampus baharu. Pendidikan Sri Al-Amin yang anda kenali.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan Tuan/Puan terhadap pendidikan Sri Al-Amin. 🌿






