:
NOTIS%20PERLINDUNGAN%20DATA%20PERIBADI
Share:


BI : Personal Data Protection Notice

Tarikh Notis : 1 Julai 2022

PENGENALAN

  1. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan bagi tujuan Notis ini, “Data Peribadi” membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta.
  1. Kami mengiktiraf kepentingan mengekalkan privasi, keselamatan dan ketepatan Data Peribadi mengikut undang-undang yang terpakai selaras dengan taggungjawab kami dan undang-undang berkenaan. Kami komited untuk memastikan privasi dan kerahsiaan Data Peribadi berkaitan anda, pelanggan/pekerja kami dan bakal pelanggan/pekerja kami.
  1. Notis ini dikuatkuasakan kepada orang yang berkaitan dengan Akta dan bertujuan untuk memberitahu anda bagaimana Data Peribadi anda dikawal, diproses dan/atau diguna syarikat Sri Al-Amin Bangi Sdn. Bhd. (“SAAB”), syarikat yang menguruskan dua (2) buah sekolah iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi.
  1. Untuk tujuan Notis ini, “Data Peribadi” termasuk data yang telah dikumpul dan yang akan dikumpul sebelum dan selepas pengeluaran Notis ini.
  1. Notis ini dikeluarkan selari dengan Akta kepada semua individu yang secara sukarela menyerahkan data peribadi kepada SAAB untuk tujuan yang dinyatakan.

 

PENGUMPULAN DATA

  1. Individu yang terlibat dalam pengumpulan data peribadi termasuk ibubapa, anak (anak berumur bawah 18 tahun dengan kebenaran ibu bapa/penjaga) dan pekerja SAAB.
  1. Data peribadi yang kami kumpul daripada anda mengikut keperluan individu adalah termasuk :
    • Pengenalan diri : nama, kad pengenalan/passport, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, kaum, taraf perkahwinan dan/atau kelulusan akademik/pengajian
    • Butiran diri lain : alamat rumah, e-mel, no telefon, tahap kesihatan/penyakit, keterlibatan dalam aktiviti kemasyarakatan, no akaun bank dan butiran lain yang diperlukan dan diserahkan kepada kami dari semasa ke semasa.
    • Pekerjaan/penggajian : nama majikan, alamat majikan, jawatan, no telefon majikan, pendapatan dan pengalaman kerja (bagi permohonan kerja).

 

SUMBER PENGUMPULAN DATA

  1. Data Peribadi dikumpul secara terus daripada anda ketika anda :
    • Membuat permohonan kemasukan anak anda ke sekolah menengah atau sekolah rendah bersama dokumen-dokumen sokongan melalui laman sesawang SAAB www.alaminbangi.edu.my 
    • Membuat permohonan kerja sebagai guru atau pekerja bukan guru bersama dokumen-dokumen sokongan melalui iklan di laman sesawang www.alaminbangi.edu.my
    • Mengambil bahagian dalam apa jua bentuk tinjauan, program/aktiviti atau pertandingan di sekolah atau anjuran pihak ketiga atau
    • Apabila memasuki premis sekolah untuk sebarang urusan dalam kawasan sekolah.
  1. Data peribadi dikumpulkan melalui borang pendaftaran manual atau secara digital melalui laman sesawang atau pun melalui borang-borang maya yang lain yang dianggap bersesuaian.

 

TUJUAN PENGUMPULAN DATA

Kami mengumpulkan data peribadi anda untuk tujuan berikut :

  1. Memproses permohonan anda untuk kemasukan anak ke sekolah menengah atau sekolah rendah mengikut kuota dan kekosongan yang ada.
  1. Menyampaikan maklumat atau notis-notis penting daripada pihak sekolah berkenaan sebarang perubahan dalam polisi, peraturan, program atau aktiviti yang melibatkan secara langsung pihak anda atau anak anda (jika murid).
  1. Menjalankan apa jua bentuk kajian atau tinjauan daripada pihak sekolah atau pun daripada pihak berwajib atau pihak ketiga yang berkaitan.
  1. Melakukan analisa statistik apabila perlu dari semasa ke semasa.
  1. Menyampaikan perkembangan terkini murid kepada ibu bapa melalui saluran komunikasi yang telah ditetapkan.
  1. Mengisi sebarang tinjauan atau pengumpulan maklumat daripada pihak berwajib yang dibenarkan di bawah peruntukan Akta.
  1. Berkongsi dengan pihak ketiga untuk tujuan kebajikan murid/pekerja.
  1. Membolehkan pihak sekolah menghubungi anda untuk sebarang tujuan di atas atau sebarang tujuan lain yang dibenarkan dalam Akta melalui e-mel, surat biasa, khidmat pesanan ringkas (SMS), mesej WhatApps atau apa jua aplikasi komunikasi lain yang sesuai.
  1. Memproses permohonan kerja untuk mengisi kekosongan jawatan di SAAB berdasarkan kekosongan semasa

 

BAGAIMANA DATA DIPROSES

Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang akan dipindahkan ke luar Malaysia.

 

PENZAHIRAN DATA

Kami mungkin akan menzahirkan Data Peribadi anda kepada:

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  2. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  3. Pihak bank untuk tujuan urusan pembayaran gaji pekerja atau sebarang bentuk pengesahan dengan persetujuan dan makluman pekerja (pekerja SAAB)
  4. Pihak ketiga yang terikat dengan kerjasama (MOU) atau dilantik oleh syarikat/sekolah untuk menguruskan atau menyediakan perkhidmatan tertentu bagi pihak syarikat/sekolah :
    • Klinik panel UKM Kesihatan atau klinik panel lain yang dilantik selepas notis ini atau mana-mana klinik yang berdaftar dengan KKM untuk sebarang tujuan perubatan atau tuntutan takaful perubatan murid atau pekerja
    • Syarikat takaful yang menguruskan takaful murid atau pekerja
    • Juruaudit luar bertauliah yang yang dilantik oleh syarikat
    • Syarikat yang menguruskan sistem pentaksiran dan penilaian tertentu yang diperlukan oleh pihak sekolah.
    • Ikram Musleh yang menyediakan silibus dan sistem pentaksiran dinniah
    • Lain-lain pihak yang dirasakan perlu dan dilantik selepas daripada notis ini.
  5. Jika perlu dan bermanfaat, Data Peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada badan-badan professional, institusi latihan, institusi kewangan, badan berkanun, agensi, pihak berkuasa, badan kerajaan dan/atau bukan kerajaan.
  6. Kami akan memastikan data peribadi anda hanya dikongsikan kepada pihak yang dipercayai akan bertindak menjaga kepentingan anda dan data peribadi anda dengan langkah-langkah keselamatan sepatutnya.
  7. Kami akan memastikan Data Peribadi yang diserahkan kepada pihak ketiga yang tidak dinyatakan untuk tujuan-tujuan di atas adalah dengan kebenaran daripada anda terlebih dahulu.

 

LANGKAH KESELAMATAN

Kami mengambil langkah-langkah keselamatan berikut untuk melindungi Data Peribadi anda :

  1. Memastikan Data Peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta.
  2. Memastikan pekerja kami tidak menyalahgunakan Data Peribadi anda.
  3. Mengambil segala usaha yang munasabah dan langkah-langkah praktikal untuk memastikan bahawa sebarang Data Peribadi yang disimpan oleh SAAB dilindungi daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau pendedahan tanpa persetujuan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap Data Peribadi anda.

 

TEMPOH PENYIMPANAN DATA

Data Peribadi anda akan di simpan oleh SAAB :

  1. Jika telah diserahkan secara fizikal (salinan keras), ianya akan disimpan selagi anak anda masih bersekolah di sekolah ini dan akan diserahkan kepada anda setelah menamatkan persekolahan.
  2. Jika diserahkan dalam bentuk digital, ianya akan disimpan dalam sistem sekolah sehingga maksima 15 tahun sebelum dilupuskan daripada sistem.

Bagi sebarang permohonan yang ditolak :

  1. Data Peribadi anda yang telah diserahkan secara fizikal (salinan keras) akan dilupuskan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan dari tarikh penolakan permohonan dibuat.
  2. Anda mempunyai hak untuk menuntut semula semua data peribadi dan dokumen yang telah diserahkan semasa permohonan dengan melengkapkan Borang Permohonan Pemulangan Dokumen dan serahkan kepada pihak kami melalui maklumat “hubungi kami”.
  3. Data Peribadi untuk permohonan kemasukan murid yang telah diserahkan dalam bentuk digital akan disimpan sehingga 15 tahun.

 

HAK ANDA & PERSETUJUAN

  1. Apabila anda mengemukakan permohonan anda, anda dikehendaki menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami atas dasar sukarela dan anda memberikan persetujuan untuk kami mengumpul, memproses, menggunakan, menyimpan atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas.
  2. Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini menarik balik persetujuan anda dengan memberitahu kami secara bertulis menggunakan butiran yang dinyatakan dalam maklumat “hubungi kami”.
  1. Sekiranya anda tidak memberikan Data Peribadi anda atau jika Data Peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan kepada kami apabila diminta, berkemungkinan akan :
    • Menyebabkan proses pemilihan kemasukan murid / pengambilan pekerja baharu akan terjejas dan memungkinkan sebarang permohonan ditolak.
    • Membataskan komunikasi kami dengan pihak anda dan menyebabkan anda tidak menerima maklumat sepatutnya daripada kami.
    • Menjejaskan keupayaan kami untuk memenuhi tujuan-tujuan pengumpulan Data Peribadi seperti yang dinyatakan di atas.
  1. Anda boleh membuat semakan dan mengemas kini Data Peribadi anda melalui sistem yang telah diberikan kebenaran kepada anda untuk akses dari semasa ke semasa untuk mengelakkan sebarang gangguan komunikasi dengan kami.
  1. Dari semasa ke semasa, kami mungkin akan meminta Data Peribadi baharu daripada anda. Dengan memberikan kami Data Peribadi anda atau terus berkomunikasi dengan SAAB, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi tersebut.
  1. SAAB mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini di laman sesawang SAAB di alaminbangi.edu.my. Dengan terus berkomunikasi dengan kami, semua pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, adalah dianggap sebagai diterima oleh pihak anda.
  1. Notis ini disediakan dalam kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya berlaku pencanggahan di antara kedua-duanya, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

 

HUBUNGI KAMI

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan notis ini atau lainnya, anda boleh hubungi kami menggunakan maklumat berikut :

 

E-mel :

E-mel : srialamin@srialaminbangi.edu.my (umum dan yuran)

E-mel Sekolah Rendah : adminsr@alaminbangi.edu.my

E-mel Sekolah Menengah : adminsm@alaminbangi.edu.my

E-mel Admin Data Sekolah : data.alamin@alaminbangi.edu.my

Telefon :

03-8925 2454 (Pejabat Kewangan dan Yuran)

03-8912 6840 (Pejabat Sumber Manusia)

03-8927 3001 (Pejabat Sekolah Rendah)

03-8927 3002 (Pejabat Sekolah Menengah)

Alamat :

Sekolah Sri Al-Amin Bangi

Lot 16, Kampung Sungai Tangkas,

Taman Tropika

43000 Kajang, Selangor